Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
PEDAS, 19 Oktober – Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Pedas terus komited mengekalkan mutu perkhidmatan bertaraf antarabangsa apabila menerima kunjungan rasmi daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bagi pelaksanaan Audit Surveillance Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015, hari ini.
Sesi pengauditan tersebut telah dikendalikan oleh Juruaudit NIOSH, Puan Nor Liyana binti Mohamad Sharif. Program pemantauan kualiti itu dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan rasmi yang telah dipengerusikan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pedas.
Bagi memastikan kelangsungan budaya kerja berprestasi tinggi, proses audit komprehensif itu diteruskan dengan semakan dokumentasi serta penilaian fizikal yang melibatkan pelbagai proses utama institusi.
Fokus pengauditan merangkumi aspek penyampaian latihan dan pengajaran, sistem penilaian, peperiksaan dan pengurusan persijilan di bawah seliaan Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL). Selain itu, skop audit turut meneliti keberkesanan pengurusan aduan dan kepuasan pelanggan, tahap kawalan dokumentasi, serta inisiatif penambahbaikan berterusan (continuous improvement).
Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak juruaudit NIOSH atas segala teguran membina, pandangan, serta cadangan penambahbaikan yang telah dikongsikan sepanjang sesi berlangsung.
“Penghargaan turut dipanjangkan kepada barisan pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan, penolong pengarah, ketua bahagian, para pemilik proses (process owner), dan seluruh warga ADTEC JTM Kampus Pedas atas komitmen jitu serta kerjasama berterusan yang diberikan bagi menjayakan sesi audit ini.
“Semoga segala usaha pematuhan dan penambahbaikan ini akan memastikan ADTEC JTM Kampus Pedas terus cemerlang dalam memelihara kualiti perkhidmatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi pembangunan tenaga mahir negara,” jelas kenyataan tersebut.
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
“Empowering Skills, Igniting Futures”
#AUDITSURVEILLANCE
#ISO9001:2015
#JTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#KarnivalUsahawanMuda2026
#TVETMasaHadapan
#JTM-MillerWeldingAcademy
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas