Kursus kemahiran ICT

Kursus Kemahiran ICT telah diadakan bagi 18 orang peserta dari Madrasah Tahfiz As-Solihin, Jalan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan selama 2 hari pada 5 – 6 Disember 2023.
Kursus ini mengkhusus kepada pelajaran Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint bagi peserta memahirkan diri menggunakan perisian tersebut.

Sesi Perkongsian Kerjaya Bersama Air Asia Berhad

Sesi Perkongsian Kerjaya oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Encik Riad Asmat telah berjaya dilaksanakan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar semester akhir ILP Pedas pada 30 November 2023 bertempat di Auditorium ILP Pedas.

Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap dunia pencarian kerjaya sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk memasuki industri.
Satu perkongsian yang sangat hebat serta memberi manfaat dan motivasi kepada semua pelajar-pelajar. Terima kasih yang tidak terhingga En. Riad Asmat!!

Kaji Selidik Inisiatif Berkaitan Pekerjaan

Kaji Selidik Inisiatif Berkaitan Pekerjaan

Tarikh dikemaskini : 28 April 2023 Oleh: Tc. Isyammudin

Teks Hebahan Kaji Selidik – Platform Pesanan Ringkas / E-mel

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Kaji Selidik Inisiatif Berkaitan Pekerjaan. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas anda sebagai peserta program mengenai keberkesanan program latihan dan peningkatan kemahiran (R&U) yang telah anda jalani. Kami amat mengalu-alukan maklum balas anda!

Maklum balas dan komen akan dirahsiakan. KAJIAN INI TIDAK AKAN MEMINTA APA-APA DATA MAKLUMAT PERIBADI seperti nama, dan nombor kad pengenalan.  

Maklum balas anda amatlah dihargai. Sila klik pautan di bawah untuk memberikan maklum balas anda. 

Pautan Kaji Selidik:

https://forms.gle/QH68gyzCMKABbCaz8

Lampiran

    1. Surat Kaji Selidik Keberkesanan Insiatif Berkaitan Pekerjaan
    2. Senarai Inisiatif
Skip to content