𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗝𝗼𝗺 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗭𝗼𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯

Karnival TVET Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Selatan 2023

Institut Latihan Perindustrian Pedas: Karnival TVET Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Selatan 2023 telah selesai diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas pada 16 Jun 2023.

Karnival ini dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Karnival ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Ir. Dr Zaini Ujang bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud.

Seramai 6,719 pengunjung dapat berkumpul di dalam 1 program bersama – sama dengan semua keluarga TVET di Negeri Sembilan.

#JomPilihKemahiran
#Skills4All
#SkillsMalaysia2.0
#JPK
#ILJTM
#JTM
#KAYNS
#PerkesoNS