Kursus Simulation using Solidworks di bawah Program TOT Industry4wrd Tahun 2024

Seramai 16 orang tenaga pengajar ILJTM telah menyertai Kursus Simulation using Solidworks di bawah Program TOT Industry4wrd tahun 2024 anjuran bawah ILP Pedas.

Kursus ini dijalankan selama 5 hari dari 24 Jun – 28 Jun 2024 dengan pengajar dari Certified IME Trainer UTEM.

Diharapkan kursus dapat meningkatkan kemahiran pengajar ILJTM dan membantu proses pembelajaran dan pengajar di institut.

Kursus Basic Video Editing sempena National Training Week

Bersempena dengan National Training Week, ILP Pedas telah menawarkan Kursus Basic Video Editing secara PERCUMA pada 28 Jun 2024.

Seramai 15 orang peserta dari komuniti Rembau telah menyertai kursus ini. Melalui kursus ini, peserta didedahkan tentang teori dan amali bagi penghasilan video yang kualiti dengan menggunakan aplikasi capcut.

Kursus Asas Fiber Optik sempena National Training Week

Bersempena dengan National Training Week, ILP Pedas telah menawarkan Kursus Asas Fiber Optik secara PERCUMA pada 27 Jun 2024.

Seramai 26 orang peserta dari Juruteknik Komputer Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menyertai kursus ini. Melalui kursus ini, peserta didedahkan tentang teori dan amali bagi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan Fiber Optik.

Program Muafakat ke arah Memperkasa TVET di Institut Latihan Perindustrian Pedas bersama Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan

Program ini telah dihadiri oleh seramai 145 orang Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan pada 13 Jun 2024.

Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Wazir bin Hamzah – Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mewakili Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Terima kasih ke atas kehadiran semua. Semoga program ini membawa manfaat kepada semua sekolah dan pelajar-pelajar.

Lawatan ke Muzium Telekom

Seramai 34 orang pelajar dan 6 orang pengajar Teknologi Telekomunikasi ILP Pedas telah melawat ke Muzium Telekom pada 10 Jun 2024.

Melalui lawatan ini mendedahkan kepada pelajar sejarah telekomunikasi dan memenuhi tugasan subjek Digital Telecommunication.

Lawatan ke muzium telekomunikasi menawarkan pelbagai manfaat, antaranya termasuk Pendidikan dan Pengetahuan. Pelajar-pelajar dapat mempelajari sejarah dan perkembangan teknologi telekomunikasi, memahami bagaimana alat dan teknologi ini telah berkembang dari masa ke masa.

TVET Robot Challenge

Tahniah buat Pasukan Robot i-Pedas yang berjaya merangkul tempat keempat dari keseluruhan 22 pasukan Roborumblez 8kg yang bertanding pada TVET Robot Challenge 2024 sempena Hari TVET Negara di ILP Kuala Langat.

Kejayaan dan semangat yang dipamerkan menyunting semangat buat semua untuk terus berjuang dan menaikkan nama ILP Pedas.

Syabas buat semua!!

Kursus Pembuatan dan Grill

Kursus Pembuatan dan Grill telah diadakan bagi 12 orang peserta dari PUSPEN seluruh negara di bawah kelolaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Latihan peningkatan kemahiran ini telah dijalankan dari 4 – 7 Jun 2024.

Para peserta menjalankan tugas mengimpal di PUSPEN masing-masing dan meningkatkan kemahiran mengimpal melalui program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa depan.

Skip to content