Program Jangka Pendek - KV Dato Seri Mohd Zin

Tarikh dikemaskini : 27-05-2022
Dilaporkan Oleh: Tc. Isyammudin Bin Hj Ismail

Rembau, 24 Januari 2022 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas telah menjalankan Program Jangka Pendek bersama KV Dato Seri Mohd Zin (KVDSMZ) yang bertempat di bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan).

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi peluang latihan dan pendedahan kepada pelajar KVDSMZ secara praktikal didalam mengendalikan mesin Computer Numerical Control (CNC).

Pelajar-pelajar dari bengkel pemesinan KVDSMZ hadir untuk menjalani latihan pemesinan CNC yang diajar oleh pengajar berpengalaman En. Azuwan Bin Mohd Ariffin.