Program Jangka Pendek - C-Pak Cergas Sdn Bhd

Tarikh dikemaskini : 30 Oktober 2021
Dilaporkan Oleh: Tc. Isyammudin Bin Hj Ismail

Rembau, 29 Oktober 2021 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas telah menjalankan Program Jangka Pendek bersama C-Pak Cergas Sdn Bhd yang bertempat di bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan).

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi latihan khusus kepada peserta dari C-Pak Cergas Sdn Bhd. Latihan dijalankan secara praktikal didalam penghasilan lukisan teknikal menggunakan perisian AutoCAD.

Peserta-peserta dari C-Pak Cergas Sdn Bhd hadir untuk menjalani latihan lukisan CADD yang diajar oleh pengajar berpengalaman En. Hishamuddin Bin Shaari.