Teknologi Kimpalan
Pengenalan Bahagian
Para pelajar akan diberikan pendedahan di dalam bidang kimpalan secara teori dan amali. Pelajar akan dilatih menjadi mahir melakukan kerja-kerja kimpalan dengan mengambilkira aspek keselamatan. Pelajar akan membuat kimpalan ke atas logam dari logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membengkok dan merenggang logam. Selain mengimpal pelajar juga akan mempelajari kaedah proses pemotongan logam. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding (GTAW),
Persijilan selepas tamat:
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012] oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
ii. Sijil Teknologi Kimpalan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:
- Lulus Bahasa Melayu,
- Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
- Lulus Sejarah;
- Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).
iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Modul teras yang dipelajari:
Sijil Teknologi Kimpalan
Tempoh Latihan:
27 Bulan
i. Latihan Teori dan Amali : 24 bulan
ii. Latihan Industri: 3 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan yang meluas, antaranya di sektor Minyak dan Gas, Industri Pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.
Peluang Melanjutkan Pelajaran
ADTEC Batu Pahat, ADTEC Shah Alam, ADTEC Kemaman, – Diploma Teknologi Kimpalan (Tahap 4)