Kursus Customized Modul Mekatronik

Kursus Customized Modul Mekatronik

27 Oktober 2021 (Jumaat) - Isyammudin Ismail
Kursus customized modul Mekatronik bagi UpSkilling Technician pekerja syarikat C-Pak Cergas Sdn Bhd dijalankan sepanjang bulan Oktober 2021 bertempat di ILP Pedas.
Antara modul yang dipelajari adalah Basic Pneumatics, Programmable Logic Controller (PLC), Basic Electrical dan Basic Mechanical.

G.E.G.A.S.I. Ke Pentas Dunia

G.E.G.A.S.I. KE PENTAS DUNIA

15 Oktober 2021 (Jumaat) - Isyammudin Ismail

Buat julung-julung kalinya ILP Pedas akan menyertai 46th International Convention On Quality Control Circles – 2021 (ICQCC-2021) di Hyderabad, India yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) and Quality Circle Forum of India (QCFI).

Pertandingan ini bakal berlangsung pada 24 hingga 27 November 2021 dimana persembahan dan pembentangan projek akan dilaksanakan atas talian.

Team G.E.G.A.S.I yang terdiri daripada pengajar Bengkel Kimpalan serta beberapa pengajar ILP Pedas yang lain telah bertungkus lumus menyiapkan projek mereka yang bertajuk Deteoration of Student Achievement in Perform Visual Welding Inspection On Welded Joint Module and Welder Qualification Test.

Projek yang dibangunkan merupakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran bagi mengenalpasti kecacatan dalam bidang kimpalan secara visual dan interaktif dimana para pelajar dapat lebih memahami dan memberi perhatian terhadap kemahiran yang dipelajari.

SEMOGA BERJAYA TEAM G.E.G.A.S.I ILP PEDAS!

Webinar Cyber Safe – What you need to know?

Webinar Cyber Safe - What you need to know?

29 Oktober 2021 (Jumaat) - Isyammudin Ismail
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas akan mengadakan Webinar secara PERCUMA! Anda dijemput untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran dari penceramah yang merupakan pengajar ILP Pedas sendiri yang berpengalaman di dalam alam siber.
ย 
Tajuk : CYBER SAFE – What do you need to know???
Penceramah : En. Ahmad Fauzan Bin Hamisan
(Certificed Trainer CEH, EC Council)
๐Ÿ—“๏ธTarikh : 2 November 2021 (Selasa)
๐Ÿ•™Masa : 10.00 pagi – 12.15 tengahari
โœˆ๏ธPlatform : Zoom (https://us02web.zoom.us/j/87029160088…)
Terhad kepada 300 peserta yang daftar awal sahaja
๐Ÿ’ปFB live streaming:ย https://www.facebook.com/ilppedas.ns
Kepada yang berminat, sila daftar melalui pautan di bawah:
https://bit.ly/KJP100HariILPPedas
INFO PENTING!
โ›ฑ๏ธE-Sijil disediakan kepada semua Peserta (setelah membuat penilaian pada penghujung kursus)
โ›ฑ๏ธTiada yuran dikenakan!
โ›ฑ๏ธPenyertaan adalah terbuka kepada semua!
“๐˜ฝ๐™š ๐™„๐™ฃ๐™จ๐™ฅ๐™ž๐™ง๐™š๐™™, ๐˜ฝ๐™š ๐™€๐™ญ๐™ฉ๐™ง๐™–๐™ค๐™ง๐™™๐™ž๐™ฃ๐™–๐™ง๐™ฎ, ๐˜ฝ๐™š ๐™’๐™ค๐™ง๐™ก๐™™ ๐˜พ๐™ก๐™–๐™จ๐™จ ๐™’๐™ž๐™ฉ๐™ ๐™๐™‘๐™€๐™”

Majlis Penyerahan Gelanggang Sukan dan Infrastruktur

Majlis Penyerahan Siap Kerja

28 Oktober 2021 (Khamis) - Isyammudin Ismail

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf dan Memulihara Kemudahan dan Infrastruktur di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Negri Sembilan.

Majlis bermula dengan pihak kontraktor Johol Engineering & Civil Works menyerahkanย  kepada pihak JKR yang diwakili oleh Y.Bhg Ir. Mohd Faried Bin Isa, Jurutera Daerah, JKR Rembau, kemudian diserahkan pula kepada Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas Encik Noor Ariffin Bin Mohd Arif. Turut hadirย  Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kewangan Sumber Manusia (KSM), Puan Syazahanie Izzati Binti Rosidi mewakili Kementerian Sumber Manusia (KSM), Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Tn. Hj. Mohd Abd Fatah dan juga Ts. Dr. Nora.

Projek ini berjaya disiapkan pada 26 Julai 2021. Kos pembinaan dapat dijimatkan kira-kira RM 35 ribu.