Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

EKSPO TVET@KKDW 2026

EkspoKKDW2026

ADTEC JTM KAMPUS PEDAS LAKAR KECEMERLANGAN, RAIH TIGA KEMENANGAN DI EKSPO TVET@KKDW 2026 SABAK BERNAM – Kontinjen ADTEC JTM Kampus Pedas mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul tempat ketiga dalam tiga kategori pertandingan berbeza bersempena Ekspo TVET@KKDW 2026. Ekspo anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berlangsung di pekarangan Stadium Sungai Besar itu menyaksikan […]

JTM SKILL 2026

JTMSkill

PENGAJAR ADTEC JTM KAMPUS PEDAS MUNCUL JUARA KEBANGSAAN JTM SKILLS 2026 KLUSTER KIMPALAN JITRA, 24 Oktober – Kecemerlangan ADTEC JTM Kampus Pedas terus terserlah apabila salah seorang tenaga pengajarnya berjaya dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan JTM Skills 2026 bagi Kluster Kimpalan Kategori Pengajar, kelmarin. Dalam pertandingan berprestij yang berlangsung di ADTEC JTM Kampus Jitra dari […]

MIPAC TVET 2026

ADTEC JTM KAMPUS PEDAS LAKAR KECEMERLANGAN, RAIH ANUGERAH PERAK DI MIPAC TVET 2026 PEDAS, 21 Oktober – ADTEC JTM Kampus Pedas terus melakar sejarah kecemerlangan apabila barisan tenaga pengajarnya berjaya merangkul Anugerah Perak dalam pertandingan MIPAC TVET 2026 (Innovation in Methodology, Pedagogy and AI for Creative TVET) baru-baru ini. Pertandingan berprestij anjuran Pusat Latihan Pengajar […]

iIRID 2026

ADTEC JTM KAMPUS PEDAS KETENGAH INOVASI BENGKEL KIMPALAN DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA iIRID 2026 MELAKA, 17 Oktober – ADTEC JTM Kampus Pedas terus melebarkan sayap kecemerlangannya apabila berjaya mengetengahkan inovasi tempatan di 6th International Innovative Research and Industrial Dialogue 2026 (iIRID 2026). Persidangan bertaraf antarabangsa itu telah berlangsung selama dua hari bermula 15 Oktober bertempat di […]

PERKASA TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM ERA IR 4.0

ADTEC JTM Kampus Pedas, LVD Malaysia Perkasa Teknologi Fabrikasi Logam era IR 4.0 PEDAS, 7 Oktober – ADTEC JTM Kampus Pedas mengorak langkah proaktif dalam menyokong transformasi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) menerusi penganjuran Program Perkongsian Technology Update Bidang Fabrikasi Logam, pada Selasa.Program berimpak tinggi yang dijayakan dengan kerjasama pakar teknologi industri, LVD Malaysia Sdn. […]

ADTEC JTM KAMPUS PEDAS TERIMA KUNJUNGAN CHIN TECH EC SDN. BHD.

Kolaborasi Strategik TVET: ADTEC JTM Kampus Pedas Terima Kunjungan CHIN TECH EC Sdn. Bhd. PEDAS, 2 Oktober – ADTEC JTM Kampus Pedas amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi syarikat Chin Tech EC Sdn Bhd, semalam. Kunjungan rasmi tersebut dianjurkan bagi membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam usaha […]

TWIN PROGRAM 2.0

Kerjasama Strategik ADTEC JTM Kampus Pedas Dan SMK Seri Pagi Jayakan ‘Twin Program 2.0’ PEDAS, 15 September – ADTEC JTM Kampus Pedas terus komited memperkasa kecemerlangan akademik pelajar tempatan dengan menjalinkan kerjasama bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pagi menerusi penganjuran Twin Program 2.0 2026. Program kecemerlangan akademik tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada Isnin […]

PENGARAH RAI KECEMERLANGAN KAKITANGAN

Perhimpunan Bulanan Pengarah Rai Kecemerlangan Kakitangan PEDAS, 25 September – Majlis Perhimpunan Bulanan Pengarah Bersama Kakitangan Bilangan 5/2026 bagi tempoh Julai hingga September telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan seluruh warga kampus dalam sebuah majlis penganugerahan dan perkongsian ilmu. Majlis yang dikelolakan secara bersama oleh Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL) dan Bahagian Fabrikasi Struktur Logam itu […]

BINA JATI DIRI DAN KEPIMPINAN

146 Pelajar ADTEC JTM Kampus Pedas Sahut Cabaran Di Ulu Sepri ULU SEPRI – Seramai 146 pelajar Semester 1 dari ADTEC JTM Kampus Pedas berjaya menamatkan Program Pemantapan Modul Kokurikulum Sesi 2/2026 yang berlangsung penuh cabaran di Pusat Latihan Kenegaraan, Ulu Sepri (PLKUS), baru-baru ini. Program yang direka khas untuk menguji ketahanan fizikal dan mental […]

SKIM 1 PELAJAR 1 PERNIAGAAN S1P1P

ADTEC JTM Kampus Pedas Bekerjasama Dengan SSM Daftar Perniagaan Melalui Skim S1P1P PEDAS – Bagi menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan bakal graduan, ADTEC JTM Kampus Pedas telah menganjurkan program Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah inisiatif Geran Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P), baru-baru ini. Program yang berlangsung di Auditorium ADTEC JTM Kampus […]