Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
Encik Othman bin Abu Hassan
Ketua Unit
CESS
othman@jtm.gov.my
Bahagian Khidmat Sokongan Komuniti & Pekerjaan (CESS) berperanan sebagai jambatan strategik yang menghubungkan ADTEC JTM Kampus Pedas dengan pihak industri, agensi kerajaan, dan komuniti setempat. Bahagian ini bertanggungjawab memacu kolaborasi dua hala bagi memastikan produk latihan ILP Pedas kekal relevan dan mempunyai nilai pasaran di peringkat kebangsaan dan global. Selain memfokuskan kepada kebolehkerjaan graduan, CESS juga bertindak sebagai pusat sehenti bagi pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui penawaran kursus jangka pendek kepada masyarakat dan tenaga kerja industri.
Memperkasa Jaringan Industri: Mewujudkan dan mengukuhkan hubungan kerjasama pintar antara institut dengan pihak industri bagi tujuan penempatan latihan, pemindahan teknologi, dan peluang pekerjaan.
Meningkatkan Kebolehkerjaan (Employability): Memastikan graduan ILP Pedas dipersiapkan dengan kemahiran insaniah (soft skills) dan persediaan kerjaya yang mantap sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat: Menyediakan peluang latihan peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) kepada komuniti dan pekerja industri melalui kursus separuh masa.
Penyebaran Maklumat & Promosi: Bertindak sebagai duta institut dalam mempromosikan jenama dan kepakaran ILP Pedas kepada pihak luar.
Fungsi CESS terbahagi kepada empat (4) teras utama:
Kolaborasi & Hubungan Industri: Menguruskan Memorandum Persefahaman (MoU), lawatan industri, dan jaringan kerjasama strategik.
Unit Latihan Industri (LI): Menyelaras penempatan pelajar menjalani latihan praktikal di syarikat-syarikat swasta dan agensi kerajaan.
Pembangunan Kerjaya & Alumni: Menguruskan data graduan (Tracer Study), kaunseling kerjaya, dan program persediaan ke alam pekerjaan.
Kursus Jangka Pendek (KJP): Menguruskan penawaran kursus teknikal secara sambilan atau customized untuk pihak luar (Swasta/Awam/Komuniti).
Berikut adalah perincian tanggungjawab mengikut skop tugas utama:
A. UNIT HUBUNGAN INDUSTRI & PROMOSI
Jaringan Kerjasama: Bertindak sebagai perantara dalam menjalinkan kerjasama dengan agensi luar dan industri untuk pertukaran kepakaran dan teknologi.
Promosi Institut: Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran bagi meningkatkan imej korporat serta menarik minat kemasukan pelajar dan penyertaan industri.
Lawatan: Menguruskan lawatan rasmi daripada pihak luar, sekolah, dan delegasi industri ke ILP Pedas.
B. UNIT LATIHAN INDUSTRI (LI)
Penempatan Pelajar: Menyelaras permohonan dan penempatan pelajar semester akhir ke syarikat-syarikat yang bersesuaian untuk menjalani Latihan Industri.
Pemantauan: Memantau kemajuan pelajar semasa menjalani latihan industri dan menyelaras penyeliaan oleh pensyarah.
Penilaian: Menguruskan pemarkahan dan keputusan Latihan Industri pelajar berdasarkan maklum balas majikan.
C. UNIT KERJAYA DAN KEBOLEHKERJAAN (EMPLOYABILITY)
Persediaan Kerjaya: Merancang program pembangunan diri seperti bengkel penulisan resume, teknik temuduga, dan kemahiran insaniah (soft skills) sebagai persediaan “Finishing School”.
Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study): Mengumpul, mengurus, dan menganalisis data status pekerjaan alumni bagi mengukur kadar kebolehkerjaan graduan (GE) ILP Pedas.
Padanan Pekerjaan: Menjadi penghubung antara majikan yang mencari pekerja dengan graduan yang sedang mencari pekerjaan (Job Matching).
D. UNIT KURSUS JANGKA PENDEK / PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Penganjuran Kursus: Menyelaras aktiviti latihan separuh masa (hujung minggu atau selepas waktu pejabat) untuk pekerja industri dan orang awam.
Latihan Customized: Menyediakan modul latihan khusus mengikut permintaan syarikat atau agensi kerajaan bagi tujuan peningkatan kompetensi staf mereka.