Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
PEDAS, 15 September – ADTEC JTM Kampus Pedas terus komited memperkasa kecemerlangan akademik pelajar tempatan dengan menjalinkan kerjasama bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pagi menerusi penganjuran Twin Program 2.0 2026.
Program kecemerlangan akademik tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada Isnin bertempat di ADTEC JTM Kampus Pedas, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.
Fokus utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan pendedahan komprehensif mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan yang tepat dan selari dengan format terkini Lembaga Peperiksaan. Di samping itu, penekanan khusus turut diberikan kepada penguasaan kemahiran menjawab soalan berunsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi subjek wajib lulus, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah.
Program padat ilmu ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai 80 orang murid yang bersemangat tinggi. Jumlah tersebut merangkumi 70 orang murid dari SMK Seri Pagi, serta 10 orang murid jemputan khas dari SMK Pendeta Za’ba.
Menurut pihak pengurusan, inisiatif tersebut digerakkan bagi mempersiapkan para pelajar mendepani peperiksaan, selain menyokong sasaran pihak sekolah untuk mencapai kelulusan 100 peratus bagi subjek Bahasa Melayu, yang sekali gus dijangka mampu melonjakkan Gred Purata Sekolah (GPS).
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua Cemerlang, barisan pentadbir sekolah, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), para penceramah, dan guru-guru yang terlibat atas sokongan padu yang diberikan.
“Semoga segala usaha keras ini membuahkan hasil yang cemerlang buat para pelajar. Kami juga berharap agar jalinan kerjasama erat antara institusi latihan dan sekolah ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai langkah awal dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir negara,” jelas kenyataan tersebut.
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
“Empowering Skills, Igniting Futures”
#TwinProgram2.0
#JTM
#ILJTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeople
#AdvancingNation
#JTM-MillerWeldingAcademy
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas