ADTEC JTM Kampus Pedas telah membuat Kunjungan Rasmi ke Kolej Vokasional Ampangan. Tujuan kunjungan ini adalah mengadakan Perbincangan Perlaksanaan Hubungan Kerjasama Perkongsian Peralatan & Kursus Jangka Pendek di KV Ampangan, Seremban.
Kunjungan ini telah dihadiri oleh En. Mohammad Liza b. Abdul Razak(KJ MP), En. Mohd Hafiz b. Abd Latif (KB Fabrikasi Logam), En. Nor Azrin Izuan Shah b. Mohamad@Talib(KB Kimpalan) dan En. Othman b. Abu Hassan (CESS). Perbincangan ini telah membuahkan persetujuan dalam pelaksanaan KJP di ADTEC JTM Kampus Pedas pada bulan Mei ini.