Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

ADTEC JTM KAMPUS PEDAS RANGKUL ANUGERAH INSTITUSI TVET CEMERLANG DI META 2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Pedas sekali lagi melakar sejarah dan membuktikan kecemerlangannya apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah TVET Institution of Excellence Award (Innovation & Skills Development) sempena majlis Malaysia Education & TVET Awards (META) 2026.

Majlis penganugerahan berprestij yang membawa tema “From the Industry, By the Industry” itu telah berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang bertempat di Berjaya Times Square, pada Khamis.

Anugerah penuh bermakna tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Kamaruzzaman bin Hj. Mat Ali.

Dalam satu kenyataan, pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas menyifatkan kejayaan itu bukan sekadar sebuah trofi, sebaliknya ia merupakan satu manifestasi pengiktirafan terhadap usaha keras, budaya inovasi, kompetensi, dan komitmen seluruh warga institusi berkenaan.

“Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi kami dalam memperkasa pembangunan kemahiran sejajar dengan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang relevan serta memenuhi kehendak sebenar industri semasa,” menurut kenyataan tersebut.

Pihak pengurusan turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pengajar, warga kerja, rakan strategik industri, dan khususnya para pelajar.

“Terima kasih kerana terus percaya, terus berusaha gigih, dan memberikan yang terbaik. Ini merupakan satu lagi bukti, pencapaian, dan langkah besar untuk sektor TVET negara. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.”

Menjengah ke hadapan, ADTEC JTM Kampus Pedas komited untuk menjadikan anugerah ini sebagai batu loncatan bagi melakar lebih banyak kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

“Hari ini kita meraikan kejayaan, namun esok kita akan kembali bekerja keras untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Di ADTEC JTM Kampus Pedas, kami bukan sekadar mengajar kemahiran, malah kami membina masa depan,” jelas kenyataan itu menutup bicara.

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

“Empowering Skills, Igniting Futures”

#KSM
#JTM
#ILJTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeople
#AdvancingNation
#LifelongLearning
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas

META2 META4 META3 META5 META1