Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
PEDAS, 7 Oktober – Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Pedas mengorak langkah proaktif dalam menyokong transformasi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) menerusi penganjuran Program Perkongsian Technology Update Bidang Fabrikasi Logam, pada Selasa.
Program berimpak tinggi yang dijayakan dengan kerjasama pakar teknologi industri, LVD Malaysia Sdn. Bhd. itu bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai teknologi terkini pembuatan logam kepingan (sheet metal fabrication) ke arah ekosistem Pembuatan Pintar (Smart Manufacturing).
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan empat fokus utama teknologi moden yang sedang memacu industri fabrikasi logam global pada masa kini.
Antara yang mencuri tumpuan ialah Mesin Pemotong Laser (Fiber Laser Technology) yang berprestasi dan berkelajuan tinggi. Teknologi ini dilengkapi kawalan fokus automatik yang mampu menyesuaikan mod pemotongan mengikut jenis logam, di samping integrasi perisian pintar bagi meminimumkan pembaziran bahan (nesting) dan mengoptimumkan kecekapan tenaga.
Selain itu, taklimat turut memfokuskan kepada keupayaan Mesin Bengkok (Press Brake Technology) yang dikuasakan oleh sistem kawalan jauh pintar, simulasi 3D (CADMAN), serta teknologi penderia laser Easy-Form® bagi memastikan ketepatan sudut bengkok pada masa nyata (real-time).
Turut diperkenalkan adalah teknologi Mesin Shearing (Guillotine Shear) yang menampilkan ciri pelarasan automatik kelegaan mata pemotong dan sistem keselamatan optik terkini, serta Mesin Punching (CNC Turret Punch Press) berkelajuan tinggi yang menggunakan perisian CADMAN-P untuk operasi yang lebih efisien.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas, pendedahan teknologi tersebut berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan pemahaman mengenai amalan terbaik (best practices) operasi industri.
“Melalui perkongsian ini, peserta didedahkan dengan strategi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi industri. Paling utama, ia merupakan inisiatif strategik bagi merapatkan jurang antara latihan akademik di institusi dengan keperluan dan kehendak sebenar industri semasa,” jelas kenyataan tersebut.
Pihak institusi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada LVD Malaysia Sdn. Bhd. atas komitmen dan perkongsian kepakaran teknikal yang mantap. Pengalaman dan ilmu yang diperoleh diyakini bakal memberikan nilai tambah yang signifikan dalam usaha memperkasakan kemahiran fabrikasi logam dalam kalangan tenaga kerja mahir tempatan.
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
“Empowering Skills, Igniting Futures”
#TVETIR4.0
#JTM
#ILJTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeople
#AdvancingNation
#JTM-MillerWeldingAcademy
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas