PEDAS, 6 Julai – PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2/2026
Selamat Datang ke ADTEC JTM Kampus Pedas
Alhamdulillah, hari ini telah berlangsungnya Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu bagi Sesi 2/2026. Setinggi-tinggi kesyukuran dan tahniah diucapkan kepada 142 orang pelajar baharu yang telah rasmi mendaftarkan diri dan memilih ADTEC JTM Kampus Pedas sebagai destinasi bagi melonjakkan potensi diri dalam bidang TVET.
Turut diadakan sesi taklimat kepada ibu bapa yang disampaikan oleh Ts. Dr. Hj. Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim (Timbalan Pengarah (Latihan) dan sesi taklimat oleh Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), Kaunselor dan slot berkenalan bersama barisan warden asrama.
Syabas kepada semua pelajar dan terima kasih kepada para ibu bapa atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan. Perjalanan sebagai mahir TVET bermula di sini!
Tahniah buat semua urus setia dalam kalangan kakitangan dan pelajar yang terlibat memudahkan urusan pada hari ini.