ADTEC JTM Kampus Pedas mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila dianugerahkan 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝟓 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 pada 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝟓 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟔 yang berlangsung di WTC Kuala Lumpur hari ini. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐤𝐫𝐢𝐬𝐡𝐧𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐑𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 (𝐌𝐓𝐑) sebagai mekanisme penarafan baharu bagi memperkasa kualiti institusi TVET negara. Pengiktirafan ini mengukuhkan peranan ADTEC JTM Kampus Pedas dalam memastikan penawaran program TVET yang berkualiti, berteraskan keperluan industri dan selari dengan aspirasi pembangunan modal insan negara ke arah kecemerlangan bertaraf dunia.