Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Inovasi Cemerlang di CITEC 2026

Oleh: Editor

Tarikh: 12 Februari 2026

ADTEC JTM Kampus Pedas telah mencatat kemenangan berganda di Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CITEC) 2026 yang telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus Taiping dari 11-12 Februari 2026. Daripada 7 projek inovasi yang dipertandingkan, semua pasukan telah berjaya membawa pulang pingat. Lebih membanggakan, 1 projek berjaya meraih Tempat ke-2 Projek Inovasi Terbaik dan juga Tempat ke-2 Kategori Germanium.
Jumlah kutipan pingat adalah seperti berikut:
🏅1 Platinum Award
🥇1 Gold Award
🥈5 Silver Award
Semoga kemenangan ini akan terus menjadi inspirasi dalam melonjakkan kualiti latihan TVET berimpak tinggi yang inovatif di ADTEC JTM Kampus Pedas.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua!