Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

ADTEC JTM Kampus Pedas Pacu Transformasi TVET Menerusi Teknologi AR/VR dan Keusahawanan

PEDAS, 14 Oktober – ADTEC JTM Kampus Pedas terus mengorak langkah memperkukuh transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi penganjuran dua program berimpak tinggi, semalam.

Program tersebut merangkumi International Seminar on AR/VR Technologies for Advanced Welding and Industrial Skills Training: From Virtual Experience to Real-World Competency, yang dijalankan serentak bersama Karnival Usahawan Muda 2026.

Menyentuh mengenai penganjuran seminar bertaraf antarabangsa tersebut, ia merupakan hasil jalinan kerjasama strategik antara JTM-Miller Welding Academy, Kumpulan Logamweld Sdn. Bhd., dan SIMBOTT Technology.

Seminar ini memfokuskan kepada pendedahan teknologi Realiti Terimbuh dan Realiti Maya (AR/VR) dalam latihan kimpalan dan kemahiran industri, sekaligus membawa pengalaman maya ke arah pembentukan kompetensi dunia sebenar.

Menurut kenyataan pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas, sesi demonstrasi dan latihan amali yang diadakan pada sebelah pagi telah melibatkan seramai 156 orang pelajar dari ADTEC JTM Kampus Pedas, Shah Alam, dan Tangkak.

“Sementara itu, sesi webinar antarabangsa pada sebelah petang berjaya menarik penyertaan seramai 238 peserta secara bersemuka dan dalam talian, merangkumi wakil dari Malaysia dan India,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Karnival Usahawan Muda 2026 turut mencuri tumpuan apabila menyediakan platform praktikal kepada pelajar Semester 2 daripada lima bidang pengajian untuk mengaplikasikan ilmu menerusi Modul Digital Entrepreneurship.

Sebanyak lapan buah gerai jualan makanan dan minuman telah beroperasi sepanjang karnival berkenaan. Inisiatif ini dilihat memberikan pengalaman berharga dan situasi sebenar kepada para pelajar berkaitan pengurusan perniagaan, strategi pemasaran, kawalan stok, serta operasi jualan.

Penggabungan kedua-dua elemen iaitu pendedahan teknologi terkini dan kemahiran keusahawanan ini mencerminkan komitmen jitu ADTEC JTM Kampus Pedas.

Usaha ini bermatlamat untuk melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten, malah celik teknologi, inovatif, dan berdaya saing bagi menepati kehendak pasaran kerja masa hadapan, selaras dengan prinsip institusi itu, “Memacu Inovasi, Memperkasa Kemahiran, Membina Masa Hadapan.”

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

“Empowering Skills, Igniting Futures”

#ARVR2026
#SIMBOTTTechnology
#DigitalEntrepreneurship
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#KarnivalUsahawanMuda2026
#TVETMasaHadapan
#JTM-MillerWeldingAcademy
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas

1ARVR2026 ARVR2026 2ARVR2026 3ARVR2026 4ARVR2026 5ARVR2026 USHAWAN3 USHAWAN USHAWAN1 USHAWAN2 USHAWAN4