Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Program Momentum E.S.G

PROGRAM MOMENTUM ESG : HARI KARBON SIFAR

PEDAS, 12 OGOS – ADTEC JTM Kampus Pedas terus komited memperkasa agenda Environmental, Social, and Governance (ESG) menerusi penganjuran program Momentum ESG: Hari Karbon Sifar yang telah berlangsung dengan jayanya.

Bagi membudayakan amalan gaya hidup rendah karbon serta memupuk kesedaran kelestarian alam dalam kalangan warga kampus, pelbagai inisiatif hijau telah dilaksanakan, antaranya:

– Hari Tiada Kenderaan – Mengurangkan pelepasan asap dan jejak karbon di dalam kawasan kampus.

– Sesi Briskwalk & Senamrobik – Memupuk gaya hidup sihat dan cergas tanpa kebergantungan kepada kenderaan.

– Penanaman Pokok Alumni – Inisiatif simbolik pemeliharaan alam sekitar yang melibatkan gabungan pelajar baharu dan sedia ada bagi Sesi 1/2026 serta Sesi 2/2026.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar Sesi 1/2026 & Sesi 2/2026 serta warga kerja yang terlibat. Semoga nilai kelestarian yang ditanam hari ini terus subur demi masa depan bumi yang lebih hijau.

Di bulan merdeka melangkah bangga;

Briskwalk bersama penuh energi;

Think green, act now – itulah kita;

Karbon sifar, masa depan lestari.

Oleh: Editor

Tarikh: 12 Ogos 2026