Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Seminar Teknologi Upadte

NEW KEMPPI TECHNOLOGY BY JHEXA

13 & 14 Ogos 2026  | ADTEC JTM Kampus Pedas dengan kerjasama Syarikat Jhexa Sdn Bhd telah mengadakan satu Seminar Teknologi Update- New Kemppi Technology.

JHEXA Sdn Bhd merupakan Authorized Partner bersama Leeden Sdn Bhd bagi produk KEMPPI di Malaysia. Melalui kerjasama ini, JHEXA Sdn Bhd diberi kuasa untuk membekal, mempromosi serta menyediakan sokongan teknikal bagi produk dan penyelesaian kimpalan KEMPPI. KEMPPI merupakan jenama mesin kimpalan profesional dari Finland yang diiktiraf sebagai antara peneraju global dalam teknologi dan penyelesaian kimpalan.

Sesi Seminar Technology Update ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar di ADTEC JTM Kampus Pedas, khususnya Teknologi Fabrikasi Struktur (Minyak & Gas) dan Teknologi Kimpalan berkenaan teknologi terbaru dalam bidang kimpalan.

Para pelajar berpeluang merasai & menggunakan mesin-mesin seperti berikut:

  1. Kemppi Master M (MIG/MAG)
  2. Kemppi MasterTig (TIG)
  3. Kemppi ArcValidator (Validation System)

Adalah diharapkan, dengan pendedahan teknologi seperti ini, para pelajar sentiasa bersedia dengan perubahan-perubahan teknologi pada masa hadapan.

Oleh: Editor

Tarikh: 14 Ogos 2026