Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
PEDAS – Bagi menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan bakal graduan, ADTEC JTM Kampus Pedas telah menganjurkan program Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah inisiatif Geran Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P), baru-baru ini.
Program yang berlangsung di Auditorium ADTEC JTM Kampus Pedas pada 10 September lalu itu telah berjaya mencapai objektifnya apabila seramai 96 orang pelajar berjaya mendaftarkan syarikat perniagaan mereka sendiri pada hari tersebut.
Inisiatif ini mendapat sokongan penuh daripada pihak SSM Cawangan Seremban yang telah menghantar empat orang pegawai bagi membimbing dan memudahkan urusan pendaftaran perniagaan para pelajar. Sesi program dimulakan dengan taklimat berkaitan proses pendaftaran dan pengenalan korporat SSM yang telah disampaikan oleh Puan Ernie Yuslina binti Yusoff. Sejurus selepas itu, para pelajar dibimbing secara terperinci (hands-on) oleh pihak SSM untuk melengkapkan proses pendaftaran perniagaan masing-masing.
Lebih menarik, pendaftaran perniagaan ini ditawarkan secara percuma kepada para pelajar yang terlibat melalui geran yang disediakan. Menurut pihak penganjur, program ini merupakan salah satu aktiviti rutin yang dikelolakan oleh Bahagian Pengajian Umum dan Pembangunan Kerjaya (BPUPK) pada setiap semester.
Langkah ini juga diambil bagi memenuhi keperluan wajib modul eUsahawan yang digariskan dalam silibus pembelajaran, khususnya bagi pelajar semester dua dan semester akhir.
Pihak pengurusan institusi berharap agar kolaborasi strategik bersama pihak SSM ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Usaha dan pendedahan awal dalam arena keusahawanan ini diyakini mampu memberikan nilai tambah yang signifikan serta membina keyakinan diri para pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar kelak.
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
“Empowering Skills, Igniting Futures”
#SSM
#JTM
#ILJTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeople
#AdvancingNation
#LifelongLearning
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas