Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
ULU SEPRI – Seramai 146 pelajar Semester 1 dari ADTEC JTM Kampus Pedas berjaya menamatkan Program Pemantapan Modul Kokurikulum Sesi 2/2026 yang berlangsung penuh cabaran di Pusat Latihan Kenegaraan, Ulu Sepri (PLKUS), baru-baru ini.
Program yang direka khas untuk menguji ketahanan fizikal dan mental itu menyaksikan para peserta menyahut pelbagai aktiviti lasak di bawah bimbingan barisan Pegawai Pengiring ADTEC JTM Kampus Pedas serta barisan fasilitator bertauliah.
Antara modul utama yang dilalui oleh para pelajar sepanjang program tersebut termasuklah aktiviti pembinaan pasukan dan sesi suai kenal (Ice Breaking), Kembara Hutan dan Ikhtiar Hidup (Team Journey), ujian kerjasama berpasukan waktu malam (Night Teamwork), serta cabaran Smart Tunnel.
Menurut kenyataan pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas, pelaksanaan program berkenaan bukan sekadar bermatlamat untuk melengkapkan syarat kredit modul Kokurikulum semata-mata, sebaliknya membawa objektif serampang dua mata dalam pembentukan karakter pelajar.
“Kem ini menjadi medan terbaik dalam memupuk tahap disiplin yang tinggi, membina jati diri, menonjolkan bakat kepimpinan, serta memperkukuh semangat kerja berpasukan yang utuh dalam diri setiap peserta.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada kesemua pelajar yang mempamerkan keazaman tinggi dan semangat pantang menyerah kalah sepanjang mendepani setiap cabaran yang diberikan,” jelas kenyataan tersebut.
Pihak institusi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Pegawai Pengiring yang terdiri daripada pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), tenaga pengajar bahagian, dan kakitangan yang dilantik.
Penghargaan sama turut dipanjangkan kepada barisan fasilitator PLK Ulu Sepri yang bertungkus-lumus mengawal selia keselamatan peserta dan memastikan kelancaran tentatif program dari awal hingga tamat.
Pihak pengurusan berharap agar semangat juang dan disiplin cemerlang yang terbina di kem Ulu Sepri ini akan terus diaplikasikan oleh para pelajar apabila kembali meneruskan sesi pembelajaran di bilik kuliah mahupun latihan amali di bengkel kelak.
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
“Empowering Skills, Igniting Futures”
#SSM
#JTM
#ILJTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeople
#AdvancingNation
#LifelongLearning
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas