Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

PENGAJAR ADTEC JTM KAMPUS PEDAS MUNCUL JUARA KEBANGSAAN JTM SKILLS 2026 KLUSTER KIMPALAN

JITRA, 24 Oktober – Kecemerlangan ADTEC JTM Kampus Pedas terus terserlah apabila salah seorang tenaga pengajarnya berjaya dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan JTM Skills 2026 bagi Kluster Kimpalan Kategori Pengajar, kelmarin.

Dalam pertandingan berprestij yang berlangsung di ADTEC JTM Kampus Jitra dari 18 hingga 23 Oktober itu, kemenangan bergaya tersebut telah dirangkul oleh Tc. Nor Azrin Izuan Shah bin Mohamad @ Talib yang mewakili Bahagian Teknologi Kimpalan ADTEC JTM Kampus Pedas.

Menurut kenyataan pihak pengurusan, pencapaian cemerlang itu bukan sahaja mengharumkan nama institusi, malah menjadi penanda aras keupayaan tenaga pengajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk terus menyerlah dalam bidang kemahiran teknikal yang mencabar.

“Kemenangan ini amat bermakna dan diharap dapat menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar untuk menggapai tahap profesionalisme yang lebih tinggi. Ia juga selari dengan hasrat institusi untuk memperkukuh budaya inovasi dan daya saing dalam kalangan warga kampus,” jelas kenyataan tersebut.

Selain memberi saingan hebat dalam Kategori Pengajar, ADTEC JTM Kampus Pedas turut menghantar wakil bagi kategori pelajar dan acara Demonstrasi Robotik Bidang Kimpalan pada edisi JTM Skills kali ini.

Penyertaan bagi kategori pelajar telah dikemudi oleh jurulatih berpengalaman, Encik Muhamad Fais bin Ariffin, yang mengiringi dua wakil pelajar berbakat, iaitu Saudara Muhammad Amin bin Udin dan Saudara Mohd Ridwan Shah.

Pihak institusi menyifatkan penglibatan pelajar dalam pertandingan peringkat JTM ini sebagai satu pendedahan dan pengalaman yang sangat berharga.

“Penyertaan ini bukan sekadar memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan kebolehan teknikal semata-mata, malah ia turut membentuk keyakinan diri yang tinggi, disiplin yang utuh, serta ketahanan mental semasa mendepani cabaran.

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan jurulatih dan pelajar atas komitmen, kesungguhan, dan keberanian menyahut cabaran pertandingan ini. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kompetensi kemahiran pada masa hadapan”.

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

“Empowering Skills, Igniting Futures”

#JTMSkill2026
#WSMB2026
#ILJTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeopleIgnitingFutures
#AdvancingNation
#TVETMadani
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas

JTMSkill 1JTMSkill