06 – 6853564 | ilppedas@jtm.gov.my | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

SEBALIK LENSA KESUMA: PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI KESUMA @ CHEMBONG, NEGERI SEMBILAN

Oleh: Editor Tarikh: 23 November 2025

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA, yang menekankan komitmen kementerian mendukung pembangunan sosial secara lebih dekat dengan rakyat melalui penglibatan komuniti setempat.

ADTEC JTM Kampus Pedas turut membuka reruai bagi warga setempat merasai pengalaman dan mengenali bidang TVET dengan lebih dekat. Reruai ADTEC JTM Kampus Pedas memaparkan teknologi drone dan robotik yang giat mendapat tumpuan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Sebagai agensi di bawah KESUMA, ADTEC JTM Kampus Pedas akan terus komited dalam memberikan pendedahan dan peluang anak-anak watan Chembong dan komuniti setempat untuk menimba ilmu dan latihan, seterusnya menempa nama sebagai pemain utama di persada dunia dalam bidang TVET.

𝟐𝟓 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙐𝙣𝙜𝙜𝙪𝙡, 𝙂𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙏𝙑𝙀𝙏 𝙋𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙟𝙪 𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞
𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏
𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐢𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐜𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐞𝐞𝐫.