Dalam usaha menggiatkan lagi usaha pendigitalan di ADTEC JTM, sebuah mesyuarat penyelarasan pendigitalan telah diadakan di Digital Training Center (DTC) ADTEC JTM Kampus Pedas yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Ts. Abd Halim bin Hasan, Pengarah Bahagian Kawalan Teknikal JTM. Ahli mesyuarat terdiri daripada Pegawai Penyelaras Pendigitalan dari ibu pejabat dan ADTEC JTM Kampus Wilayah Tengah:
– Ts. Azlin Haezrina binti Kamarzaman (Ibu Pejabat)
– Ts. Wan Shaiful Hasrizam bin Wan Muda (Kuala Lumpur)
– Ts. Mohd Syahrulnizam bin Razali (Ipoh)
– Dr. Rosliza binti Abdul Hamid (Shah Alam)
– Ts. Anisah binti Tinguan (Shah Alam)
– En. Mashaizal bin Mohd (Kuala Langat)
– En. Ahmad Sallehuddin Sabri bin Mahadi (Pedas)