Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH ADTEC JTM KAMPUS PEDAS BIL 4/2026
PEDAS, 19 Ogos – Suasana penuh patriotisme mewarnai Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah & Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026 Peringkat ADTEC JTM Kampus Pedas!
Amanat Utama Yang Berusaha Ts. Roslin Binti Mohd Basri, Pengarah ADTEC Kampus Pedas, menekankan kepentingan kemahiran interpersonal bagi membentuk pelajar TVET yang kompeten, berkarakter, dan matang. Sempena Bulan Kemerdekaan, beliau menyeru warga pelajar membebaskan diri daripada sifat negatif serta menjadi generasi yang kompeten di tangan, matang di fikiran, baik dalam pergaulan, kuat dalam karakter, dan berjiwa besar untuk negara.
Sorotan Pengisian Utama:
Gimik Pelancaran: Tayangan video montaj dan penyerahan simbolik Jalur Gemilang kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Kibaran Jalur Gemilang: Nyanyian lagu patriotik beramai-ramai sambil mengibarkan mini Jalur Gemilang.
Promosi Program Merdeka: Taklimat pelbagai pertandingan anjuran MPP sepanjang Ogos dan September.
Perasmian Kempen Senyum, Salam & Sapa: Inisiatif pembudayaan nilai murni dan keharmonian warga kampus.
Pelepasan Kontinjen Tarik Tali: Acara simbolik penyerahan bendera kepada kontinjen kampus.
Oleh: Editor
Tarikh: 19 Ogos 2026