Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

PERTANDINGAN KREATIVITI & INOVASI (CITEC) 2026

TaipingADTECJTM Kampus Pedas terus membuktikan keunggulan mereka dalam bidang teknologi dan rekacipta apabila mencatat kemenangan berganda pada Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CITEC) 2026.

Pertandingan yang menghimpunkan pelbagai bakat dari institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu telah berlangsung dengan jayanya di ADTEC JTM Kampus Taiping pada 11 hingga 12 Februari lalu.

Lebih membanggakan, kontinjen ADTEC JTM Kampus Pedas mempamerkan prestasi cemerlang dan terampil apabila kesemua tujuh projek inovasi yang dipertandingkan berjaya memikat hati juri, sekaligus menyapu bersih pingat untuk setiap penyertaan.

Secara keseluruhannya, kontinjen kampus tersebut berjaya membawa pulang kutipan pingat yang cemerlang, merangkumi satu Anugerah Platinum, satu Anugerah Emas, dan lima Anugerah Perak.

Kecemerlangan wakil dari Pedas ini tidak terhenti di situ. Salah satu daripada projek inovasi yang diketengahkan telah berjaya merangkul Tempat Kedua bagi anugerah utama iaitu Projek Inovasi Terbaik, di samping memenangi Tempat Kedua bagi Kategori Germanium.

Pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas dalam satu kenyataan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding atas kejayaan yang amat membanggakan ini.

Kejayaan luar biasa ini diharap akan terus menjadi inspirasi serta pemangkin semangat buat seluruh warga kampus dalam usaha melonjakkan kualiti latihan TVET yang berinovatif serta berimpak tinggi pada masa akan datang.

CITEC1 CITEC2 CITEC3 CITEC4 CITEC5 CITEC6 CITEC7 CITEC8 CITEC9

𝟐𝟓 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙐𝙣𝙜𝙜𝙪𝙡, 𝙂𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙏𝙑𝙀𝙏 𝙋𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙟𝙪 𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞

𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏

𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐢𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐜𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐞𝐞𝐫.

#KebersamaanIniTiadaAkhirnya

#KITA

#JTMDihatiku

#TVETMalaysia

#jommasukADTECJTM

#ADTECJTMKampusPedas

#TVETExcellence

#TVET5StarInstitute

#25TahunJubliPerak

#SkillsMalaysia

#JTM

#KESUMA