Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
ADTEC JTM Kampus Pedas Perkasa TVET Digital, Agenda AI Negara
PUTRAJAYA, 24 April 2026 | Seiring aspirasi AI Nation 2030, ADTEC JTM Kampus Pedas tampil memperkukuh peranan TVET sebagai pemacu bakat digital negara melalui penglibatan strategik dalam pelancaran Micrasoft Elevate:National AI Capacity-Building. Inisiatif berimpak tinggi ini telah disempurnakan oleh YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital, di Hotel Zenith, Putrajaya.
Sebagai rakan kolaborasi bersama Microsoft Malaysia dan Biji-Biji Initiative (BBI), ADTEC JTM Kampus Pedas telah mendahului langkah dalam memperkasa kesiapsiagaan digital tenaga pengajar melalui pelaksanaan program Training of Traners (ToT) Microsoft Elevate bermula Februari 2026. Seramai 63 tenaga pengajar TVET telah berjaya ditauliahkan dengan kompetensi AI, selari dengan keperluan industri masa hadapan.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan ADTEC Pedas dalam melahirkan tenaga mahir berdaya saing, berteraskan teknologi, serta bersedia memacu transformasi digital negara. TVET bukan sekadar latihan kemahiran – tetapi platform strategik pembinaan bakat masa depan.
𝟐𝟓 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙐𝙣𝙜𝙜𝙪𝙡, 𝙂𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙏𝙑𝙀𝙏 𝙋𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙟𝙪 𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞
𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏
𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐢𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐜𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐞𝐞𝐫.