Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

PAKAR INDUSTRI TURUN PADANG: MESYUARAT TAC PACU KUALITI LATIHAN DI ADTEC JTM KAMPUS PEDAS

PEDAS, 30 Oktober – Usaha melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menepati kehendak pasaran kerja terus diperhebat menerusi penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) Bilangan 2/2026 di ADTEC JTM Kampus Pedas, kelmarin.

Berlangsung di Bilik Mesyuarat Rafflesia, sesi libat urus strategik ini bertujuan mendapatkan input secara terus daripada pakar industri bagi memantapkan lagi kualiti sistem pendidikan dan latihan yang ditawarkan di institusi berkenaan.

Mesyuarat penting ini telah dihadiri oleh barisan pakar dan pimpinan industri berpengalaman daripada pelbagai disiplin teknologi. Antara ahli panel yang hadir termasuklah En. Muhammad Farhan Hamzi bin Muhamad Fazli (HICOM Diecastings Sdn Bhd), En. Wan Halmy bin Wan Yusup (TVETpreneur Sdn Bhd), dan Ts. Md Sham Miri bin Abd. Rahman (Alps Electric Malaysia Sdn Bhd).

Turut menyumbang kepakaran adalah Dato’ Ar. Hj. Norman bin Selamat (Arkitek Norman Selamat), Puan Qarna binti Abdul Manan (Ruffntuff Sdn. Bhd.), En. Mohd Syaza Afrin bin Saffai (Bromma Malaysia Sdn Bhd), serta En. Adzmir Helmi bin Md Rahim (TM UNIFI BUSINESS).

Sepanjang sesi perbincangan berlangsung, pelbagai idea bernas dan teguran membina telah dikongsikan oleh ahli-ahli panel bagi mewujudkan sinergi akademik dan industri yang lebih utuh.

Menurut pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas, percambahan idea dan perbincangan terperinci tersebut amat kritikal bagi memastikan kelangsungan modul latihan, kesesuaian peralatan bengkel, serta tahap kemahiran para pelajar sentiasa relevan dan berdaya saing dengan perkembangan teknologi semasa.

“Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli panel TAC atas komitmen jitu, kepakaran, serta bimbingan yang telah diberikan.

“Kami berharap agar sinergi padu yang terjalin antara ADTEC JTM Kampus Pedas dan rakan industri ini akan terus memacu kecemerlangan, seterusnya melahirkan graduan TVET berkaliber tinggi yang bersedia mendepani cabaran pasaran kerja masa hadapan,” jelas kenyataan tersebut.

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

“Empowering Skills, Igniting Futures”

#MesyuaratTAC
#KemahiranTeknikal
#JTM-MillerWeldingAcademy
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#PekerjaMadani
#TVETMasaHadapan
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas

MesyTAC 5MesyTAC 4MesyTAC 1MesyTAC 3MesyTAC 2MesyTAC