Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

JELAJAH Ai MyMAHIR TalentCorp

MEMACU MASA DEPAN: EKSPLORASI TEKNOLOGI AI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

PEDAS, 14 JULAI — Selaras dengan arus pemodenan digital semasa, Program Pemantapan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dalam usaha memperkasa kemahiran digital serta produktiviti masyarakat.

Program yang dirancang khusus ini bertujuan mendedahkan para peserta kepada kepentingan serta impak besar teknologi AI dalam melangkah ke era transformasi digital masa kini.

Sepanjang program berlangsung, para peserta dibimbing secara komprehensif menerusi sesi teori dan amali. Bimbingan tersebut merangkumi pengaplikasian pelbagai perisian AI terkini seperti NotebookLM, Gemini, dan ChatGPT bagi mempermudah tugas serta meningkatkan kecekapan urusan seharian.

Majlis tersebut telah disempurnakan dengan perasmian oleh Ahli Lembaga Pengarah TalentCorp, YB Senator Dr. Jufitri Bin Joha.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada perasmi serta seluruh peserta yang memberikan komitmen penuh sepanjang program berlangsung.

Inisiatif sedemikian diharapkan dapat dijadikan pemangkin kepada pencerusan inovasi berterusan dan kemajuan negara pada masa hadapan.

Oleh: Editor

Tarikh: 14 Julai 2026