Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Majlis Watikah Perlantikan MPP sesi 2026-2027

PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH & MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2026/2027

 

PEDAS, 22 JULAI – Telah berlangsung Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Bil. 3/2026 bertempat di Auditorium, ADTEC JTM Kampus Pedas.

Perhimpunan dimulakan dengan Amanat dan Ucapan Utama daripada Yang Berusaha Ts. Roslin Binti Mohd Basri, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pedas. Dalam ucapan beliau, YBrs. Puan Pengarah menekankan kepentingan kepatuhan disiplin, pembentukan sahsiah terpuji, serta mengupas salah satu nilai penting Social Skills TVET yang perlu dikuasai pelajar iaitu Multitasking dan Prioritizing (Mengurus Keutamaan).

Majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak iaitu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Bacaan Ikrar Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Pedas Sesi 2026/2027. Penyerahan watikah telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Pengarah diiringi barisan pengurusan institusi.

Selesai penyerahan watikah, barisan 21 orang ahli MPP baharu yang diketuai oleh Saudara Muhammad Adlan Bin Mohd Faizul (Presiden MPP) telah melafazkan ikrar pelantikan serta menyampaikan ucapan sulung beliau sebagai wakil suara pelajar.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan MPP Sesi 2026/2027.

Oleh: Editor

Tarikh: 22 Julai 2026