Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
PEDAS, 3 September – Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Pedas terus unggul membuktikan kualiti pendidikannya apabila 100 peratus program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dinilai di institusi tersebut berjaya memperoleh penarafan bintang yang tinggi.
Berdasarkan keputusan rasmi Malaysia TVET Rating (MTR) 2026, kesemua tujuh program TVET yang ditawarkan oleh institusi berkenaan cemerlang apabila dinilai pada tahap 4 dan 5 Bintang.
Lebih membanggakan, empat daripada program tersebut berjaya meraih penarafan 5 Bintang yang merupakan taraf penilaian tertinggi. Program-program tersebut ialah :
“Kejayaan 100 peratus ini tidak akan tercapai tanpa sokongan fasiliti bertaraf tinggi serta keupayaan kita dalam melahirkan graduan yang menepati kualiti sebenar industri.
“Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja, barisan tenaga pengajar, dan para pelajar atas kejayaan gemilang ini hasil daripada usaha keras semua pihak,” jelas kenyataan tersebut.
Dengan pencapaian terbaharu ini, ADTEC JTM Kampus Pedas optimis untuk terus mengorak langkah ke hadapan sebagai sebuah institusi latihan kemahiran terkemuka, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menyemarakkan kempen “TVET Pilihan Utama!” di kalangan generasi muda negara.
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
“Empowering Skills, Igniting Futures”
#KSM
#JTM
#ILJTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeople
#AdvancingNation
#LifelongLearning
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas