Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

ADTEC JTM KAMPUS PEDAS RAIH BEST PAPER AWARD DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA ATNT 2026

JOHOR BAHRU 09 SEPTEMBER 2026 | Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. Muhammad Syafiq bin Noor Azizi, ADTEC JTM Kampus Pedas, atas kejayaan meraih Best Paper Award menerusi kertas penyelidikan bertajuk:

“A Wideband Polyester-Based Wearable Antenna for WBAN and 5G Applications: Bending, Wet Condition and SAR Analysis”

Anugerah ini diraih dalam IEEE International Conference on Advanced Telecommunication and Networking Technologies (ATNT) 2026 yang telah berlangsung pada 2–3 September 2026 di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru, Malaysia.

Pengiktirafan Best Paper Award ini mencerminkan kualiti penyelidikan, inovasi dan kepakaran teknikal warga ADTEC JTM Kampus Pedas. Pencapaian ini turut membuktikan bahawa penyelidikan berteraskan TVET berupaya diketengahkan serta memperoleh pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

 Kejayaan ini juga memperlihatkan kepentingan kolaborasi strategik antara institusi TVET, universiti dan industri dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan, perkongsian kepakaran serta pembangunan inovasi yang relevan dengan perkembangan teknologi masa hadapan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin dan inspirasi kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Pedas untuk terus membudayakan penyelidikan dan inovasi, menghasilkan karya berimpak tinggi serta bersama-sama mengangkat kecemerlangan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) ke persada global.

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

“Empowering Skills, Igniting Futures”

#ATNT2026
#JTM
#ILJTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeople
#AdvancingNation
#LifelongLearning
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas

2ATNT 2026 1ATNT 2026 ATNT 2026