Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

ADTEC JTM KAMPUS PEDAS KETENGAH INOVASI BENGKEL KIMPALAN DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA iIRID 2026

MELAKA, 17 Oktober – ADTEC JTM Kampus Pedas terus melebarkan sayap kecemerlangannya apabila berjaya mengetengahkan inovasi tempatan di 6th International Innovative Research and Industrial Dialogue 2026 (iIRID 2026).

Persidangan bertaraf antarabangsa itu telah berlangsung selama dua hari bermula 15 Oktober bertempat di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Mewakili Bahagian Teknologi Kimpalan ADTEC JTM Kampus Pedas, Tc. Nor Azrin Izuan Shah Mohamad @ Talib telah tampil membentangkan kertas penyelidikan yang bertajuk “Design and Development of a Mini Lifter for Safe and Ergonomic Load Handling in Welding Workshop Environment”.

Penyelidikan yang memfokuskan kepada reka bentuk alat pengangkat ergonomik untuk bengkel kimpalan itu merupakan hasil usaha sama tujuh orang penyelidik. Selain Tc. Nor Azrin, kertas kerja tersebut turut digembleng bersama Ir. Ts. Muhammad Syafiq bin Noor Azizi, En. Muhamad Fais bin Ariffin, En. Azmer bin Alias, Sdr. Darwish Ikhwan bin Nazri, Sdr. Muhammad Aminuddin bin Ismail, dan Pn. Erdiana anak Willson.

Lebih membanggakan, penyertaan di persidangan ini membuka peluang keemasan kepada barisan penyelidik untuk menerbitkan hasil kajian mereka di dalam jurnal berprestij yang diindeks oleh Scopus, MyCITE, dan ERA. Kajian tersebut juga berpotensi diterbitkan melalui prosiding persidangan berdaftar International Standard Book Number (ISBN).

Menurut kenyataan pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas, peluang penerbitan ini merupakan satu nilai tambah yang signifikan bagi meningkatkan keterlihatan inovasi warga kerja dan pelajar di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Penyertaan dalam iIRID 2026 turut disifatkan sebagai platform strategik bagi memperkukuh perkongsian ilmu, pertukaran kepakaran, dan jalinan kerjasama antara institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), komuniti akademik, serta pihak industri.

Pihak pengurusan berharap agar pencapaian cemerlang ini akan terus menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi berimpak tinggi, sekali gus membudayakan kecemerlangan penyelidikan yang mampu memperkasakan lagi ekosistem TVET negara.

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

“Empowering Skills, Igniting Futures”

#iIRID2026
#JTM
#ILJTM
#ADTECJTMKampusPedas
#JTMMekarDihatiku
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeopleIgnitingFutures
#AdvancingNation
#JTM-MillerWeldingAcademy
#SkillsMalaysia
#JomMasukADTECJTMKampusPedas

iIRID2026 4iIRID2026 3iIRID2026 2iIRID2026 1iIRID2026