Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Majlis Perasmian JTM Skills Competition dan Sesi Menandatangan Memorandum Persefahaman antara JTM & Kumpulan Logamweld Sdn. Bhd.

26 Mei 2025 | Majlis Perasmian JTM Skills Competition (Kimpalan) 2025 dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Kumpulan Logamweld Sdn. Bhd. telah berlangsung dengan penuh gemilang di ADTEC JTM Kampus Pedas, Negeri Sembilan.

Majlis ini menjadi detik bersejarah dengan pelancaran rasmi JTM-Miller Academy, simbol komitmen strategik antara agensi latihan kerajaan dan industri dalam memperkasa bidang teknologi kimpalan terkini, sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah JTM. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Ts. Kamaruzaman bin Hj. Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah JTM; Mr. Tim Lim, Presiden Kumpulan Logamweld; serta Mr. Mason Li dari ITW Welding Singapore Pte Ltd.

Penubuhan JTM-Miller Academy merupakan inisiatif cetusan idea Timbalan Ketua Pengarah JTM yang menyasarkan pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang kimpalan berteknologi tinggi, melalui pemindahan teknologi dan kepakaran dari rakan industri seperti Kumpulan Logamweld — pengedar rasmi Miller Welding di Malaysia.

Sebagai rakan penaja utama, Kumpulan Logamweld bukan sahaja membekalkan peralatan dan bahan guna habis untuk pertandingan, malah turut menaja hadiah, serta menganjurkan seminar teknikal dan demonstrasi teknologi kimpalan sepanjang program berlangsung.

Majlis turut diserikan dengan lawatan tetamu kehormat ke tapak pertandingan JTM Skills (Kimpalan) yang diadakan di Bengkel Teknologi Kimpalan, serta ke Karnival Keusahawanan Muda yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar ADTEC JTM Kampus Pedas sebagai platform latihan keusahawanan teknikal.

Pertandingan JTM Skills Kimpalan 2025 menyaksikan penyertaan 40 peserta dari 22 kampus ADTEC JTM seluruh negara, bertujuan mengenal pasti calon terbaik untuk mewakili institusi ke peringkat Pra-Kelayakan World Skills Malaysia Belia (WSMB).

Program ini menjadi medium penting dalam menyerlahkan bakat kemahiran muda, selain memperkukuh standard latihan TVET negara agar lebih selari dengan kehendak industri sebenar.

“Empowering Skills, Igniting Futures”
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

#KSM
#JTM
#ILJTM
#ILPPEDAS
#TVET
#TVETMalaysia
#EmpoweringPeople
#AdvancingNation
#LifelongLearning
#SkillsMalaysia
#JomMasukILPPEDAS

Logamweld1 Logamweld2 Logamweld3 Logamweld4 Logamweld8 Logamweld7 Logamweld10 Logamweld9 Logamweld6 Logamweld5