Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Majlis Peluncuran JTM-Miller Welding Academy Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun ADTEC JTM Kampus Pedas

30 Oktober 2025 – Majlis Perasmian Penutup Karnival TVET ADTEC JTM Negeri Sembilan dan Peluncuran Rasmi JTM-Miller Welding Academy pada 30 Oktober 2025 telah melakar sejarah penting di Kampus Pedas. Disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, beliau menegaskan bahawa TVET kini adalah laluan utama untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang diperlukan industri negara dan global. Angka membuktikan kejayaan ini: lebih 95% graduan ADTEC JTM seluruh negara mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, dengan 85% bekerja dalam bidang masing-masing. Pilihan paling tepat ibu bapa untuk menjamin masa depan anak adalah melalui kemahiran di ADTEC JTM!
Acara bersejarah ini turut meraikan 25 tahun kejayaan ADTEC JTM Kampus Pedas dan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bright Future Sdn. Bhd. serta penyerahan Surat Niat Kerjasama Pintar bersama 11 buah industri, agensi, dan pusat latihan, yang bertujuan memperkasakan lagi ekosistem TVET. JTM-Miller Welding Academy, hasil sinergi dengan Kumpulan Logamweld Malaysia, kini bersedia memimpin kemahiran kimpalan berteknologi tinggi di Malaysia. ADTEC JTM, Meneraju TVET ke era Kegemilangan!
 
C56I0732 C56I0285 IMG_2438 C56I0198 C56I0201 C56I0375