Hubungi Kami | Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
Dalam dunia kejuruteraan moden seperti pembuatan, pembangunan, automotif, pertanian hingga perubatan, setiap produk hebat bermula dengan rekabentuk dan lukisan teknikal. Kursus Teknologi CADD Mekanikal direka khas untuk membantu pelajar menguasai kemahiran digital dalam reka bentuk mekanikal, di mana mereka bukan sahaja belajar membina lukisan, tetapi juga berfikir dan bertindak sebagai pereka industri sebenar.
Melalui kursus ini, pelajar akan:
Kursus ini sangat sesuai untuk lepasan SPM yang berminat dengan teknologi dan reka bentuk. Ia memberi peluang untuk melihat idea mereka berubah dari skrin komputer menjadi model sebenar, serta membuka pintu kepada kerjaya sebagai CAD Designer, Mechanical Drafter, atau Product Designer dalam pelbagai sektor termasuk automotif, minyak & gas, dan pembuatan industri.
Kurikulum kami dibangunkan mengikut Piawaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), memastikan setiap modul yang dipelajari relevan dengan kehendak pasaran. Pelajar akan dibimbing secara berperingkat, daripada penguasaan lukisan 2D yang menekankan ketepatan, hingga pemodelan 3D yang lebih kompleks dan realistik. Selain kemahiran teknikal, pelajar juga diasah menjadi pemikir kreatif, penyelesai masalah, dan inovatif, yang mampu menyumbang kepada projek sebenar dalam industri.
Dengan menyertai kursus ini, pelajar bukan sahaja belajar mencipta lukisan dan model digital, tetapi juga membina asas kerjaya yang kukuh dalam industri kejuruteraan dan pembuatan. Sertai kami dan jadikan diri anda perekabentuk kepada teknologi masa hadapan.
Ketua Bahagian
Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
haisah@jtm.gov.my
Ext. 1606
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:
a. Lulus Bahasa Melayu,
b. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
c. Lulus Sejarah;
d. Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).
iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Lepasan ADTEC JTM Kampus Pedas berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang
Individu yang masuk kedalam sektor ini mempunyai masa depan yang cerah memandangkan permintaan untuk CAD designer memang sentiasa tinggi mengikut perkembangan industri.
Ruangan persekitaran kerja yang selesa dilengkapi dengan penyaman udara komputer CAD, meja kerja luas, peralatan lukisan, serta sistem penyimpanan dokumen untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan yang tepat dan terperinci.
Bertanggungjawab menghasilkan lukisan teknikal 2D dan 3D yang lengkap dengan spesifikasi dimensi dan toleransi untuk panduan pembuatan produk di kilang atau bengkel.
Terlibat secara langsung dalam fasa R&D produk, membantu jurutera mengubah konsep awal menjadi model 3D simulasi yang berfungsi.
Mencipta model digital yang bukan sahaja untuk dilihat, tetapi digunakan terus oleh mesin CNC untuk memotong dan membentuk bahan (pembuatan pintar).
Kepakaran anda membaca lukisan mekanikal yang membolehkan anda memeriksa sama ada produk akhir menepati spesifikasi lukisan asal atau tidak.
Bekerja di industri tertentu seperti kilang pembuatan logam, plastik atau komponen mekanikal. Selain itu boleh juga bekerja di sektor minyak dan gas dan loji petrokimia, di industri automotif, aeroangkasa dan pembuatan alat ganti.