Teknologi Telekomunikasi

Pengenalan Bahagian

Teknologi Telekomunikasi mendapat Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus sepenuh masa menggunakan NOSS EE-321-3:2012 Operasi Pemasangan & Penyelenggaraan Infrastruktur Penghantaran. Bahagian Teknologi Telekomunikasi juga menyediakan Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten TM sebagai modul nilai tambah, Internal Fiber Optic Cable (CA1C), External Fiber Optic Cable (CA2C) , Internal Copper Cable (CA1A),ย  External Copper Cable (CA2A), dan NIOSH TM Safety Passport.

Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran telekomunikasi yang melibatkan industri dalam bidang fiber optik, antena dan komunikasi tanpa wayar.

Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 30% teori dan 70% amali. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam :

– Low End Equipment Material Installation and Maintenance.

– Low End Installation Materialโ€™s Installation and Maintenance.

– Fibre Optic Cable Splicing.

– Transmission Site Survey.

– Low End Material Troubleshooting.

– Frequency Scanning.

– Electrical & Electronic.

Persijilan selepas tamat:

i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Pemasangan & Penyelenggaraan Infrastruktur Penghantaran [EE-321-3:2012] oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

ii. Sijil Teknologi Telekomunikasi oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:

(a) Lulus Bahasa Melayu,

(b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,

(c) Lulus Sejarah;

(d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).

iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan:
21 Bulan
i. Latihan Teori dan Amali : 18 bulan
ii. Latihan Industri: 3 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

Sijil Teknologi Telekomunikasi – B06

Peluang Melanjutkan Pelajaran
Lepasan Sijil Teknologi Telekomunikasi berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Telekomunikasi di ADTEC Melaka, ADTEC Kulim, dan ILP Miri.