Teknologi CADD Senibina
Pengenalan Bahagian
Kursus ini melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang lukisan senibina bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri, kerajaan atau berkerja sendiri sejajar dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran. Pelajar akan didedahkan kepada teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk sesebuah bangunan.
Pelajar akan diberikan pendedahan dan kemahiran asas dalam lukisan senibina. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis garisan dan penghurufan dalam lukisan disamping mengetahui konsep geometri, unjuran ortografik, isometrik dan oblik. Pelajar juga diajar tentang penyediaan lukisan kerja untuk projek pembinaan. Lukisan Kerja mendedahkan pelajar kepada asas Binaan Kayu Dan Keluli, Perkhidmatan Bangunan Dan Lukisan, Kejuruteraan Awam dan Lukisan Struktur Konkrit Bertulang.
Pelajar turut diberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkenaan undang-undang berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menyediakan lukisan. Penekanan akan diberi kepada kehendak perancangan seperti yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Undang-undang Bangunan. Pelajar akan diperkenalkan kepada CADD, kepentingan dan aplikasi CADD dalam kursus seni bina sehingga dapat menghasilkan lukisan persembahan 3D.
Persijilan selepas tamat:
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Lukisan Pelan Senibina [BC-050-3:2013] oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
ii. Sijil Teknologi CADD Senibina oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Kelayakan Masuk
Warganegara Malaysia
Berumur 17 hingga 35 tahun
Memiliki SPM dengan:
- (a) LULUS Bahasa Melayu
- (b) LULUS Matematik/Matematik Tambahan
- (c) LULUS sejarah
- (d) LULUS satu (1) subjek yang lain selain (a) dan (b)
Tempoh Latihan
- 27 Bulan
- Latihan Teori dan Amali : 24 bulan
- Latihan Industri: 3 Bulan
Modul Teras Diperlajari
Semester 1
- Basic Drawing. 7
- Submission Drawing 1. 16
- Detail Drawing 1. 36
- Spatial Layout Detail 50
- Amendment Drawing. 64
- Materials Storage
Semester 2
- Project Presentation
- Model Making
- Submission Drawing 1
- Detail Drawing 2
- Kitchen Design
Semester 3
- Measurement Technique
- Design Comprehension Process.
- Design Development Stage
- Submission Drawing 3
- As-built Drawing
Semester 4
- Measured Drawing
- Alteration Drawing
- Tender Documentation
- Architectural Supervision
Prospek Kerjaya
- Pelukis pelan (draughtsman), Pelukis 3D (3D designer), Pengurus CADD (CADD manager)
- Pereka hiasan dalaman (interior design), Penyelia tapak (site supervisor), Kerani tapak (site clerk)
- Juruteknik (technician), Perekabentuk model (model marker), Pereka landskap (landscape designer),Pereka grafik (graphic designer.
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Lepasan Sijil Teknologi CADD Senibina berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Cadd Senibina di ILP Kuala Langat serta selanjutnya dibawa TEVT MQA UTHM. Bagi Level/Tahap 6 hingga 8.