BAHAGIAN KAWALAN KUALITI DAN LATIHAN (BKKL)

Merupakan salah satu bahagian yang menyokong pengurusan sumber di ILP Pedas dalam skop Kawalan Kualiti dan Latihan bagi kakitangan dan pelajar serta memastikan ILP Pedas menjadi sebuah Pusat Bertauliah yang beroperasi berdasarkan garis panduan, manual kualiti, piagam pelanggan, prosedur kualiti dan syarat-syarat lain sebagai Institut Latihan Kemahiran Awam Malaysia.

Objektif

  • Menyelaras penggunaan NOSS, Kurikulum dan Silibus.
  • Menyelaras proses penilaian, peperiksaan dan persijilan Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
  • Menyelaras pentauliahan Pusat Bertauliah, pendaftaran pelajar bagi persijilan kemahiran, pelaksanaan penilaian, peperiksaan dan persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Institut (MKSP & QMT)
  • Menyelaras kursus kakitangan termasuk rekod berkaitan latihan kakitangan.
  • Menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan agar memenuhi dan menepati kurikulum serta syarat persijilan yang telah ditetapkan.