Gerbang Untuk Industri
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:
- Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
- Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan).
Objektif utama SLDN – melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:
- Teknikal
- Sosial & Kemanusiaan
- Metadologi & Pembelajaran
SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan. Pelaksanaan SLDN boleh dibuat dengan kaedah berikut:
- Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
- Syarikat Latihan Dalaman (In-house)
Tempoh Latihan | Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling KPPK bil. 2/105 dan jumlah jam kredit yang ditetapkan di dalam sesuatu SKPK/ NOSS. |
Nisbah Latihan | 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan. |
Kaedah Penyampaian | Lepasan Harian Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat. Lepasan Bulanan Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat. |
Rujukan Standard Latihan | Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN. |
Persijilan | Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:
|
Syarikat yang menjalankan latihan SLDN akan mendapat faedah berikut:
a) Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)
b) Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah bagi mengiktiraf mana-mana individu yang boleh membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki memenuhi keterampilan seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).
Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT ini telah dilancarkan pada 13 September 1996. Ianya telah memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini bagi mendapat pengiktirafan terhadap kemahiran dan pengalaman terdahulu yang mereka miliki.
- Semua bidang yang tersenarai di dalam daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS) adalah boleh dipersijilkan melalui kaedah ini.
- Terbuka kepada individu yang mempunyai kemahiran dan memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan memenuhi syarat seperti mana yang digariskan di dalam Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT serta syarat-syarat lain yang ditetapkan sebagaimana keperluan NOSS. Individu tersebut juga hendaklah berupaya mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang sah.
- Permohonan PPT boleh dibuat pada bila-bila masa secara dalam talian melalui sistem MySPIKE di www.myspike.my yang mana pemohon perlu melaksanakan penilaian kendiri terlebih dahulu di dalam sistem tersebut bagi menentukan sama ada pemohon telah memenuhi keperluan Standard bagi program yang ingin dipohon dan menilai kompetensi yang dimiliki. Pemohon juga dikehendaki memuatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan sebagaimana yang disyaratkan.
- Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut kadar fi dan caj yang sedang berkuatkuasa iaitu RM300 mengikut kategori permohonan dan bayaran permohonan PPT boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MySPIKE atau dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’ dengan tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.
- Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
- Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
- Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.
- Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
- Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
- Meningkatkan imej syarikat.
- Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
- Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
- Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
- Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara.
Kursus Customized adalah kursus yang diadakan mengikut kesesuaian peserta dari segi masa dan hari berkursus. Tempoh kursus bergantung kepada modul yang dipilih.
Untuk melihat tawaran atau permohonan sila klik disini.