BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN ASET (BPPA)

Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset ILP Pedas berperanan mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset di ILP Pedas merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).

FUNGSIĀ 

Pada keseluruhannya, BPPA bertanggungjawab menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti, berkesan dan berjaya mencapai objektif penubuhannya.

Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:

PENGURUSAN ASET KERAJAAN

  • Mengurus , menyelia , memproses dan memantau perlaksanaan aktiviti Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset bagi semua kemudahan dan infrastruktur Institut.
  • Menyelaras, mengurus, menyelia dan memantau Perolehan Stok, Inventori & Aset Institut di bawah seliaan Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset.
  • Mengurus Keselamatan Bangunan & Harta Benda Institut.
  • Mengurus Proses Pelupusan Peralatan.

PENGURUSAN PEROLEHAN PERALATAN, BAHAN LATIHAN & PERKHIDMATAN INSTITUT

    • Merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik dan matematik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan.
    • Terlibat sebagai Urusetia Jawatankuasa Sebut Harga Institut.
    • Menyelaras dan Mengurus Perolehan Stok, Inventori & Aset Institut.

PENYELENGGARAAN

  • Mengawalselia dari semasa ke semasa semua kemudahan infrastruktur di Institut agar sentiasa dalam keadaan yang selamat, selesa, bersih dan bebas daripada kerosakan yang boleh membahayakan dan menjejaskan keperluan pelanggan serta imej ILPPedas.
  • Mengawalselia dari semasa ke semasa semua aset dan inventori BPPA supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan sempurna.
  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Peralatan.
  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Bangunan & Kemudahan Asas.

PEMBANGUNAN

  • Membuat perancangan, penyeliaan yang bersepadu selaras dengan kehendak pelanggan dan perkembangan semasa di ILP Pedas.
  • Membuat Cadangan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut.
Skip to content