Perpustakaan

ILP Pedas mempunyai sebuah perpustakaan bagi kemudahan pelajar membuat rujukan. Bahan bacaan perpustakaan ini merangkumi bahan rujukan kejuruteraan berkaitan bidang-bidang teknikal seperti elektrikal, elektronik, kejuruteraan komputer, mekanikal, pembuatan dan ICT. Terdapat juga koleksi bidang saintifik seperti fizik, kimia, matematik serta bacaan umum. Di antara kepentingan perpustakaan ialah dapat memupuk amalan membaca serta mampu untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Setakat ini ia hanya menawarkan perkhidmatan bacaan dan rujukan kepada umum manakala pinjaman hanya dibuka kepada kakitangan dan pelajar ILP Pedas sahaja.

Kemudahan ini membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran, mencari bahan rujukan dan menambah ilmu pengetahuan di samping menyiapkan kerja-kerja latihan yang diberikan.  Di perpustakaan ini juga dilengkapi dengan kemudahan komputer, internet dan penghawa dingin untuk memberi keselesaan serta kemudahan kepada pelajar. Dengan adanya perpustakaan ini,  golongan pelajar khususnya berpeluang menikmati kemudahan yang ada sebagai pusat rujukan dan mendapat bacaan tambahan bagi meningkatkan prestasi pencapaian dalam pelajaran.

Skip to content