Teknologi CADD Mekanikal

Pengenalan Bahagian

Kursus Teknologi CADD (Computer Aided Design & Drafting) Mekanikal (Pembuatan) adalah kursus di mana pelajar diberi kemahiran berkaitan di dalam penghasilan lukisan kejuruteraan dan juga proses rekabentuk mekanikal. Pelajar dilatih untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan yang sistematik untuk tujuan komunikasi visual, biasanya dalam industri pembuatan. Pelajar diberikan latihan asas dalam penghasilan lukisan kejuruteraan, dengan menggunakan peralatan lukisan konvensional (manual). Seterusnya latihan asas dan pertengahan diberikan di dalam penghasilan lukisan menggunakan perisian terkini 2D CAD dan 3D CAD.

Para pelajar juga diberikan pendedahan mengenai asas-asas pemesinan konvensional dan CNC, teknologi pemesinan semasa dan termaju (rapid protyping), yang mana dapat membantu pelajar menghasilkan rekabentuk yang efektif dan efisien berdasarkan keperluan industri. Pelajar juga didedahkan bagaimana menguruskan sesi latihan di industri. Pelajar di Teknologi CADD Mekanikal juga menyertai program-program seperti Pertandingan Inovasi, bagi tujuan memberikan pendedahan dan pengalaman sebenar proses rekabentuk dan pembuatan.

Persijilan selepas tamat:

i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Pelukisan Pelan Mekanikal [MC-080-3:2013]ย oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

ii. Sijil Teknologi CADD Mekanikal oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu,
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).

iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan:
21 Bulan
i. Latihan Teori dan Amali : 18 bulan
ii. Latihan Industri: 3 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

Sijil Teknologi CADD Mekanikal

Prospek Kerjaya
Pelukis Pelan Mekanikal, Pembantu Jurutera, Pereka CAD Mekanikal, Operator CAD dan bidang-bidang mekanikal yang berkaitan.

Peluang Melanjutkan Pelajaran
Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.

ILP Ipoh (Diploma Kemahiran Malaysia (DKM))
ADTEC
UNiKL
IKTBN
MTUN