Teknologi Mekatronik

Pengenalan Bahagian
Kursus Teknologi Mekatronik adalah satu kursus yang mempunyai permintaan tinggi dari pelbagai industri pada masa sekarang. Kursus ini merupakan kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik, elektrikal, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya. Kursus ini dibentuk selaras dengan persekitaran industri yang terkini dan memberi penekanan dan pendedahan kepada sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini.
Kemudahan yang disediakan adalah seperti bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan peralatan latihan dan mesin yang canggih seperti “pneumatic” dan “hydraulic trainer” dari jenama Festo, “ Programmable Logic Controller” dari Omron, “robotic” dari KUKA , “Modular Production Systems (MPS)” dari Power Air, peralatan pengujian elektrik dan elektronik dan lain-lain. Setiap makmal dan kelas juga dilengkapi dengan penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada semua pelajar yang belajar di sini. Pengajar di sini juga adalah terlatih serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi di dalam bidang ini.
Manakala pelajar juga akan dibekalkan dengan bahan-bahan rujukan yang berkaitan mengikut perubahan teknologi semasa serta lawatan industri ke kilang-kilang yang terpilih setiap tahun dengan pelbagai aktiviti berkaitan sebagai pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan

Persijilan selepas tamat:

i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 – Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016] oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

ii. Sijil Teknologi Mekatronik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Kelayakan Masuk:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 35 tahun
  • Lulus SPM / atau setaraf
  • Lulus subjek Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (Mulai SPM 2013)
  • Lulus Matematik / matematik tambahan
  • Lulus salah satu subjek lain SPM

**(Tidak buta dan rabun warna)
**(Tidak pekak) 

Tempoh Latihan:
21 Bulan
i. Latihan Teori dan Amali : 18 bulan
ii. Latihan Industri: 3 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

Sijil Teknologi Mekatronik – B10

Prospek Kerjaya

  1. Mereka yang terlatih dalam bidang ini akan mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah untuk berkhidmat dalam sektor awam dan industri (swasta) yang menggunakan sistem automasi dan robotik seperti di dalam sektor industri pembuatan, pelabuhan, sektor elektrik dan elektronik, sektor petrokimia dan sebagainya.
  2. Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri terutamanya kilang-kilang, memerlukan  pekerja separa mahir dalam bidang Mekatronik, Elektronik, Mekanikal, Automasi dan Robotik di industri.
  3. Pelajar yang berjaya menghabiskan SKM Tahap 2 dan Tahap 3 berpeluang bekerja sebagai Pembantu Teknik / Pembantu Jurutera.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

  • Pelajar yang berjaya menamatkan latihan di ILP Pedas akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia dan Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) yang dikeluarkan oleh ILJTM berdasarkan bidang yang berkaitan dan berpeluang menyambung pengajian di ADTEC, JMTI, UTeM, UniSEL, UniKL, Uni MAP, UTHM dan sebagainya.
Skip to content