BAHAGIAN PENGURUSAN PELAJAR DAN LATIHAN (BPPL)

OBJEKTIF:

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan memainkan peranan penting dalam melancarkan segala program latihan kemahiran ILP Pedas bagi menyokong permintaan yang banyak dari industri swasta dan amnya dari sektor awam bagi merealisasi objektif pusat latihan dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan mempunyai beberapa tujuan bagi memantapkan aktivitinya selaras dengan perkembangan sektor latihan kemahiran negara.

FUNGSI:

    • Mengurus Hal Ehwal Pelajar dalam mengendali rekod pelajar, menyedia program pembangunan ihsan, mengawal disiplin pelajar, menyedia dan menyelia program ko–kurikulum pelajar, mengendali kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, elaun, perlindungan takaful berkelompok, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
    • Menyelaras pengambilan pelajar sebanyak dua (2) kali setahun untuk pengambilan Januari dan Julai yang mana ia melibatkan menerima dan memproses borang permohonan dan seterusnya membuat surat tawaran dan pendaftaran pelajar-pelajar yang berjaya.
    • Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTP).
    • Menyelia Sistem Pengurusan Latihan (TMS) yang mana melibatkan pengurusan data pelajar secara atas talian (online).

TANGGUNGJAWAB :

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan sokongan khususnya dalam aspek:

PENGAMBILAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR

    1. Menyediakan Kalendar Latihan Tahunan.
    2. Menguruskan pengambilan Pelajar Baru.
    3. Menyelia urusan pendaftaran pelajar-pelajar baru dan sedia ada.
    4. Menyelaras Minggu Suaikenal (MSK) pelajar-pelajar baru.
    5. Menyediakan rekod, laporan dan statistik pengambilan pelajar.
    6. Menyelaras dan mengendalikan urusan pengambilan, rekod dan mengemaskini maklumat pelajar.

HAL EHWAL DAN KEBAJIKAN PELAJAR

    1. Mengendalikan kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, elaun, perlindungan takaful berkelompok, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
    2. Menguruskan borang perjanjian dan elaun pelajar.
    3. Mengawalselia disiplin pelajar.
    4. Menyelia Majlis Perwakilan Pelajar meliputi proses pengundian, perlantikan, pembubaran dan aktiviti majlis berkenaan.

KO-KURIKULUM DAN AKTIVITI PELAJAR

    1. Menyelia aktiviti ko-kurikulum pelajar.
    2. Menyelia aktiviti pelajar.
    3. Merancang program pembangunan insan dan aktiviti Kemasyarakatan kepada pelajar.
Skip to content