Piagam Pelanggan
Institut Latihan Perindustrian Pedas (ILP Pedas) diamanahkan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang terlatih dan berjanji agar :-
- Semua proses permohonan kemasukan ke ILJTM dibuka secara berterusan dan proses pengambilan pelajar sebanyak 2 kali setahun.
- Semakan keputusan dapat dilakukan 3 minggu sebelum tarikh latihan.
- Pelajar yang layak menerima elaun saku akan dibayar selewat-lewatnya 10hb berikutnya.
- Semua tuntutan termasuk bil-bil bayaran akan diselesaikan dalam masa 14 hari.
- Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam tempoh 3 hari.