Verifikasi Pengiktirafan Terdahulu (PPT) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

Pensyarah dari Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail mendapat keputusan ‘Terampil’ bagi sesi verifikasi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Pelukis Pelan Mekanikal dan Industrial Automation Engineering System Assembly Tahap 3.

Verifikasi ini telah diselaraskan oleh Institut Latihan Perindustrian Pedas. Pensyarah PTSN diberikan peluang meningkatkan kompetensi diri dalam bersama meningkatkan pendidikan TVET di Malaysia.

Program Peneraju Skil Pneumatic dan Electro-Pneumatic di bawah tajaaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Seramai 3 orang pelajar-pelajar dari Universiti telah mengikuti Program Peneraju Skil Pneumatic dan Electro-Pneumatic di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dari 1 hingga 8 Ogos 2024.

Program ini telah mempelajari Characteristics, Application, Development and Troubleshooting of Pneumatic dan Electro-Pneumatic.

Kepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dalam link diberikan.

Lawatan Sambil Belajar

Lawatan Sambil Belajar SMK Dato Shahardin Labu ke ILP Pedas pada 31 Julai 2024. Seramai 66 orang pelajar Tingkatan 5 dan 6 orang pengajar melawat ke ILP Pedas bagi memahami kursus yang ditawarkan.

Seminar Introduction of New Welding Technology

𝖲𝖾𝗆𝗂𝗇𝖺𝗋 𝖻𝖾𝗋𝗄𝖾𝗇𝖺𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗆𝗉𝖾𝗋𝗄𝖾𝗇𝖺𝗅𝗄𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗌𝗂𝗇-𝗆𝖾𝗌𝗂𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗌𝗂𝗆𝗎𝗅𝖺𝗍𝗈𝗋 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗇𝗀𝖺𝗃𝖺𝗋 𝖽𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁-𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁. 𝖠𝗇𝗍𝖺𝗋𝖺 𝗆𝖾𝗌𝗂𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖽𝗂𝗉𝖾𝗋𝗄𝖾𝗇𝖺𝗅𝗄𝖺𝗇 𝖺𝖽𝖺𝗅𝖺𝗁 𝗌𝖾𝗉𝖾𝗋𝗍𝗂 𝖫𝖺𝗌𝖾𝗋 𝖶𝖾𝗅𝖽𝗂𝗇𝗀, 𝖵𝖱 𝖯𝖺𝗂𝗇𝗍𝗂𝗇𝗀 𝖲𝗂𝗆𝗎𝗅𝖺𝗍𝗈𝗋, 𝖠𝖱 𝖺𝗇𝖽 𝖵𝖱 𝖶𝖾𝗅𝖽𝗂𝗇𝗀 𝖲𝗂𝗆𝗎𝗅𝖺𝗍𝗈𝗋 𝖽𝖺𝗇 𝖬𝖾𝖼𝖺 𝖶𝖾𝗅𝖽𝗂𝗇𝗀 𝖬𝗈𝗇𝗂𝗍𝗈𝗋𝗂𝗇𝗀 𝖢𝖺𝗆𝖾𝗋𝖺.

𝖪𝖾𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗇𝗀𝖺𝗃𝖺𝗋 𝖽𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁 𝗃𝗎𝗀𝖺 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 𝖽𝗂𝖻𝖾𝗋𝗂 𝗉𝖾𝗇𝖽𝖾𝖽𝖺𝗁𝖺𝗇 𝗍𝖾𝗇𝗍𝖺𝗇𝗀 𝖼𝖺𝗋𝖺-𝖼𝖺𝗋𝖺 𝗆𝖾𝗇𝗀𝗀𝗎𝗇𝖺𝗄𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗌𝗂𝗇 𝖻𝖾𝗋𝗄𝖾𝗇𝖺𝖺𝗇. 𝖯𝗋𝗈𝗀𝗋𝖺𝗆 𝗌𝖾𝖽𝖾𝗆𝗂𝗄𝗂𝖺𝗇 𝖽𝗂𝗃𝖺𝗇𝗀𝗄𝖺𝗄𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗉𝖺𝗍 𝗆𝖾𝗇𝖺𝗆𝖻𝖺𝗁 𝗅𝖺𝗀𝗂 𝗂𝗅𝗆𝗎 𝗉𝖾𝗇𝗀𝖾𝗍𝖺𝗁𝗎𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗆𝖺𝗁𝗂𝗋𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗇𝗀𝖺𝗃𝖺𝗋 𝖽𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁-𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁 𝖽𝗂 𝖨𝖫𝖯 𝖯𝖾𝖽𝖺𝗌.

Lawatan Sambil Belajar

Lawatan Sambil Belajar SMK Dato Undang Syed Ali Al-Jufri Kuala Klawang ke ILP Pedas pada 30 Julai 2024. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan 4 orang pengajar melawat ke ILP Pedas bagi memahami kursus yang ditawarkan.

Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

Seramai 31 orang graduan bagi Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu telah bergraduat pada 29 Julai 2024.

Graduan ini terdiri daripada Juruteknik Komputer dari Jabatan Pendidikan Malaysia di semua negeri. Tahniah diucapkan kepada graduan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Program Kursus Jangka Pendek Kimpalan – Julai 2024

Program Kursus Jangka Pendek Kimpalan - Julai 2024

Program KJP Kimpalan:

Pembuatan Rak Kasut yang telah berlangsung pada 23-24 Julai 2024. Disertai oleh seramai 6 peserta dari Madrasah Azzakirin Rembau. Kursus dikendalikan oleh tenaga pengajar bidang Kimpalan ILP Pedas. 3 rak kasut juga telah berjaya dihasilkan sepanjang kursus 2 hari ini dijalankan. Penyampaian sijil turut disempurnakan Pengarah ILP Pedas, Ts. Suhaila binti Abdul Samad.

 

Skip to content