Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBrs. Encik Shakib Bin Ahmad Shakir dan Timbalan Ketua Pengarah, YBrs. Ts. Kamaruzaman Bin Haji Md Ali ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Chembong pada 16 April 2024.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Dr Norhuda binti Salim, Pengarah ADTEC Melaka, Ts Suhaila binti Abdul Samad, Pengarah ILP Pedas dan pegawai-pegawai lain dari ADTEC dan ILP.

Lawatan ini telah disambut oleh Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah bersama TPBPL dan TPHEP serta Ketua Jabatan Automotif IKTBN Chembong bersama pegawai IKTBN Chembong.

Lawatan ini adalah bertujuan melihat peluang kerjaya melalui jurusan teknologi semburan cat kenderaan NEV yang mana IKTBN Chembong telah ditawarkan peluang kerjaya bersama Go Auto yang akan beroperasi pada 2024 bersebelahan IKTBN Chembong.

Lawatan ini juga meningkatkan kepada perkongsian kepakaran dalam bidang tersebut dalam mengembangkan bakat pelajar dan pegawai dalam Pertandingan World Skills akan datang.

Semoga ia bermanfaat kepada semua pihak terlibat.

Perbincangan Program Latihan bersama NexV Manufacturing Sdn Bhd

Satu perbincangan telah diadakan bersama NexV Manufacturing Sdn Bhd bersama ILP Pedas dan IKTBN Chembong pada 29 Mac 2024.

Perbincangan ini susulan daripada Majlis Pecah Tanah dan pembinaan kilang baru NexV Manufacturing Sdn Bhd di Chembong, Negeri Sembilan.

Kilang baru dijangka akan beroperasi pada Ogos 2024. Sasaran pengambilan pekerja baru terdiri daripada kalangan pelajar ILP Pedas dan IKTBN Chembong bagi bidang Mekatronik dan Automatif.

Diharapkan proses pengambilan pekerja baru dijalankan dengan lancar dan kilang beroperasi mengikut perancangan jadual.

Skip to content