Program Muafakat ke arah Memperkasa TVET di Institut Latihan Perindustrian Pedas bersama Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan

Program ini telah dihadiri oleh seramai 145 orang Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan pada 13 Jun 2024.

Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Wazir bin Hamzah – Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mewakili Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Terima kasih ke atas kehadiran semua. Semoga program ini membawa manfaat kepada semua sekolah dan pelajar-pelajar.

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau ke ILP Pedas pada 7 Disember 2023. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan diiringi oleh 4 orang pengajar mengikuti lawatan ini.

Pelajar-pelajar diberikan taklimat berkaitan dengan kemasukan ke ILP Pedas dan dibawa lawatan ke bengkel latihan.

Pelajar-pelajar tertarik dengan program yang diadakan di ILP Pedas dan membantu mereka membuat perancangan sambung belajar pada masa akan datang.

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Encik Kamarul Nizam Bin Mohamad bersama pelajar-pelajarnya iaitu Nur Muhammad Izzudin Bin Supian, Muhammad Afief Bin Azizi, Adam Farish Bin Nasarudin dan Ayriel Pasha Bin Harifana daripada Bengkel Teknologi Telekomunikasi di atas kejayaan yang membanggakan semasa Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 yang telah diadakan pada 18 – 19 Oktober 2023 yang lepas.

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 merupakan program inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru dan pensyarah di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Projek inovasi yang bertajuk UTP CABLE SMART CONVERTER tersebut telah memenangi PINGAT PERAK bagi kategori Pelajar IPT/IPTS/ILK/KV.

Semoga terus cemerlang!

Skip to content